Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIV · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
180. Kesan pengambilalihan kawalan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Apabila mengambil alih kawalan atas keseluruhan atau sebahagian perniagaan, hal ehwal atau harta institusi itu, Bank atau orang yang dilantik hendaklah mengambil jagaan dan kawalan atas keseluruhan atau sebahagian perniagaan, hal ehwal atau harta institusi itu dan hendaklah menguruskan keseluruhan atau mana-mana bahagian perniagaan dan hal ehwal insitusi itu atas nama dan bagi pihak institusi itu sehingga perintah itu dibatalkan oleh Bank secara bertulis.
Semasa tempoh suatu perintah di bawah Subpenggal ini berkuat kuasa, fungsi, hak dan keistimewaan—
pengarah dan ketua pegawai eksekutif institusi itu hendaklah tergantung melainkan jika Bank memberikan kelulusannya secara bertulis kepada mana-mana pengarah supaya kekal sebagai pengarah atau ketua pegawai eksekutif untuk terus dalam pekerjaan dengan institusi itu atas terma dan syarat sebagaimana yang diputuskan oleh
Bank; dan
mana-mana pegawai kanan institusi itu sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, hendaklah digantung.
Bank atau orang yang dilantik hendaklah diletak hak dengan apa-apa kuasa dan fungsi institusi itu dan lembaga pengarahnya, di bawah dokumen konstituennya, atau yang boleh dilaksanakan oleh institusi itu atau pengarahnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis, tidak kira sama ada kuasa boleh dilaksanakan melalui ketetapan atau dalam apa-apa jua cara lain.
Bank atau orang yang dilantik, dalam memberi kesan atas apa-apa tindakan di bawah Subpenggal ini, tidak dikehendaki untuk memberitahu atau mendapatkan kelulusan anggota atau pemiutang institusi itu dalam suatu mesyuarat agong atau sebaliknya walau apa
186 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
pun mana-mana kontrak atau undang-undang termasuk tanpa mengehadkan seksyen 132C, 132D dan 132E *Akta Syarikat 1965 atau apa-apa jua dalam dokumen konstituennya.
Bank atau orang yang dilantik boleh mengubah dokumen konstituen institusi itu atau perkiraan lain bagi tadbir urus jika pengubahan itu perlu untuk memudahkan penjalanan kuasa atau pelaksanaan fungsi Bank atau orang yang dilantik di bawah
Subpenggal ini, berhubungan dengan institusi itu.
Bank atau orang yang dilantik boleh menjual atau selainnya melupuskan keseluruhan atau sebahagian perniagaan atau harta institusi itu, atas apa-apa terma dan syarat yang diputuskan oleh Bank.
Seksyen 111, 112 dan 113 tidak terpakai bagi apa-apa penjualan atau pelupusan keseluruhan atau sebahagian perniagaan atau harta di bawah subseksyen (6).
Bahagian XV
Kuasa Bank yang Lain
Bahagian XVI
Penguatkuasaan dan Penalti
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII