Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVI · Penguatkuasaan dan Penalti
239. Kuasa untuk memeriksa orang
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika seorang pegawai penyiasat mengesyaki mana-mana orang telah melakukan suatu kesalahan atau suatu kemungkiran di bawah Akta ini, dia boleh, jika pada pendapatnya adalah semunasabahnya perlu untuk berbuat demikian bagi maksud suatu penyiasatan atas kesalahan itu—
memerintahkan mana-mana orang secara bertulis supaya hadir di hadapannya bagi maksud diperiksa secara lisan berhubungan dengan apa-apa perkara yang boleh membantu dalam penyiasatan atas kesalahan atau kemungkiran itu;
memerintahkan mana-mana orang secara bertulis untuk mengemukakan di hadapannya, dalam tempoh yang ditentukan oleh pegawai itu, apa-apa harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen, maklumat, artikel atau benda yang boleh membantu dalam penyiasatan atas kesalahan atau kemungkiran itu; atau
dengan notis secara bertulis menghendaki mana-mana orang untuk memberikan satu penyataan bertulis yang dibuat atas sumpah atau ikrar menerangkan di dalamnya semua maklumat yang mungkin dikehendaki di bawah notis itu, maklumat yang boleh membantu dalam penyiasatan atas kesalahan atau kemungkiran itu.
Perkhidmatan Kewangan Islam 237
Seseorang yang kepadanya suatu perintah di bawah perenggan (1)(a) atau (b), atau suatu notis di bawah perenggan (1)(c), telah diberikan hendaklah mematuhi terma perintah atau notis itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan, khususnya—
seseorang yang kepadanya suatu perintah di bawah perenggan (1)(a) telah diberikan hendaklah—
hadir mengikut terma perintah itu untuk diperiksa, dan hendaklah terus hadir sedemikian dari sehari ke sehari sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai penyiasat itu sehingga pemeriksaan itu selesai; dan
di sepanjang pemeriksaan itu mendedahkan semua maklumat yang ada dalam pengetahuannya, atau yang tersedia ada untuknya, atau yang boleh didapatkan olehnya, berkenaan dengan perkara yang berhubungan dengannya yang dia sedang diperiksa, sama ada atau tidak apa-apa soalan dikemukakan kepadanya mengenai perkara itu, dan jika apa-apa soalan dikemukakan kepadanya dia hendaklah menjawab soalan itu dengan benar dan sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, dan tidak boleh menolak untuk menjawab apa-apa soalan atas alasan yang soalan itu mungkin menunjukkan dia atau suami atau isterinya bersalah;
seseorang yang kepadanya suatu perintah telah diberikan di bawah perenggan (1)(b) tidak boleh menyembunyikan, menyorokkan, memusnahkan, mengubah, memindahkan dari atau menghantar ke luar
Malaysia, atau mengurusniagakan, membelanjakan, atau melupuskan, apa-apa harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen, maklumat, artikel atau benda yang ditentukan dalam perintah itu, atau mengubahkan atau mencacatkan apa-apa catatan dalam output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat itu, atau menyebabkan perbuatan itu dilakukan, atau membantu atau berkomplot untuk melakukan perbuatan sedemikian; dan 238 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
seseorang yang kepadanya suatu notis bertulis telah diberikan di bawah perenggan (1)(c) hendaklah, dalam penyataannya yang dibuat atas sumpah atau ikrar, mengemukakan dan mendedahkan dengan benar semua maklumat yang dikehendaki di bawah notis itu yang berada dalam pengetahuannya, atau yang tersedia ada untuknya, atau yang boleh didapati olehnya, dan tidak boleh gagal untuk memberikan atau mendedahkan yang sama itu atas alasan yang ia mungkin menunjukkan bahawa dia atau suami atau isterinya bersalah.
Seseorang yang kepadanya suatu perintah atau suatu notis diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi perintah atau notis itu dan peruntukan subseksyen (2) berhubungan dengannya, walau apa pun mana-mana undang-undang, sama ada diperbuat sebelum atau selepas Akta ini berkuat kuasa, atau apa-apa sumpah, aku janji atau kehendak kerahsiaan, atau apa-apa obligasi di bawah apa-apa kontrak, perjanjian atau perkiraan, sama ada nyata atau tersirat, yang bertentangan.
Jika mana-mana orang mendedahkan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen, maklumat, artikel atau benda, menurut subseksyen (1) dan (2), baik orang yang kali pertama disebut, mahupun mana-mana orang lain yang bagi pihak atau atas arahan atau sebagai ejen atau pegawai orang yang kali pertama disebut itu mungkin bertindak, tidak boleh, disebabkan pendedahan atau pengemukaan itu, dikenakan apa-apa pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang, atau dikenakan apa-apa prosiding atau tuntutan dalam apa-apa bentuk atau apa-apa perihalan oleh mana-mana orang di bawah atau menurut kuasa mana-mana perjanjian atau perkiraan, atau selainnya.
Seorang pegawai penyiasat boleh menyita, mengambil milik dan menahan bagi apa-apa jangka masa yang disifatkannya perlu, apa-apa harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen, maklumat, atau artikel atau benda yang dikemukakan di hadapannya semasa penjalanan suatu penyiasatan di bawah subseksyen (1), atau pemeriksaan orang yang sedang diperiksa olehnya di bawah perenggan
, atau yang
Perkhidmatan Kewangan Islam 239
mengemukakan apa-apa benda kepadanya di bawah perenggan (1)(b), untuk memastikan sama ada apa-apa yang berkaitan dengan penyiasatan itu disembunyikan, atau selainnya pada diri orang itu.
Suatu pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a) hendaklah dibuat dalam bentuk tulisan oleh pegawai penyiasat itu dan hendaklah dibacakan kepada dan ditandatangani oleh orang yang sedang diperiksa atau diletakkan cap ibu jarinya, dan jika orang itu menolak untuk menandatangani rekod itu atau meletakkan cap ibu jarinya, pegawai penyiasat itu hendaklah mengendorskan padanya di bawah tandatangannya dengan menyatakan hal penolakan itu dan sebab baginya, jika ada, yang dinyatakan oleh orang yang diperiksa itu.
Rekod suatu pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a), atau suatu penyataan bertulis atas sumpah atau ikrar yang dibuat menurut perenggan (1)(c), atau apa-apa harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen, maklumat, artikel atau benda yang dikemukakan di bawah perenggan (1)(b) atau selainnya semasa penjalanan suatu pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a) atau di bawah suatu penyataan bertulis atas sumpah atau ikrar yang dibuat menurut perenggan (1)(c) hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding dalam mana-mana mahkamah bagi, atau berhubungan dengan—
suatu kesalahan atau kemungkiran di bawah Akta ini;
apa-apa perkara lain di bawah Akta ini; atau
apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, tidak kira sama ada prosiding itu adalah terhadap orang yang telah diperiksa, atau yang mengemukakan harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen, maklumat, artikel atau benda itu, atau yang telah membuat penyataan bertulis atas sumpah atau ikrar, atau terhadap mana-mana orang lain.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) atau memberikan kepada seorang pegawai penyiasat apa-apa maklumat atau penyataan yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa butir material, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,
240 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.
Penyampaian perintah atau notis secara am, dsb.
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII