Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVI · Penguatkuasaan dan Penalti
238. Kehendak menyediakan terjemahan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika seorang pegawai penyiasat menjumpai, menyita, menahan atau mengambil milik apa-apa komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat, dalam melaksanakan mana-mana kuasa di bawah Bahagian ini, dan buku itu, dokumen atau maklumat lain atau mana-mana bahagiannya adalah dalam suatu bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, atau dalam apa-apa isyarat atau kod, pegawai penyiasat itu boleh, secara lisan atau bertulis, menghendaki orang yang memiliki, menjaga atau mengawal komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat itu, untuk memberi kepada pegawai penyiasat itu suatu terjemahan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris mengenai output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat itu dalam apa-apa tempoh yang munasabah sebagaimana yang pegawai penyiasat itu boleh tentukan, dengan mengambil kira panjang output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat, atau hal keadaan lain yang berhubungan dengannya.
Tiada seorang pun boleh dengan pengetahuannya memberikan suatu terjemahan di bawah subseksyen (1) yang bukan suatu terjemahan yang tepat, jujur dan benar, atau dengan pengetahuannya membuat suatu terjemahan di bawah subseksyen itu yang tidak tepat, jujur dan benar.
236 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
Jika orang yang dikehendaki untuk memberikan suatu terjemahan di bawah subseksyen (1) bukan orang yang disyaki melakukan kesalahan atau kemungkiran di bawah penyiasatan, Bank hendaklah membayar kepadanya fi yang munasabah bagi terjemahan itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau kedua-duanya.
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII