Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVI · Penguatkuasaan dan Penalti
237. Halangan terhadap pelaksanaan kuasa pegawai penyiasat
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiada seorang pun boleh—
menolak mana-mana pegawai penyiasat yang menjalankan kuasanya di bawah seksyen 232, 233 atau 236, akses kepada mana-mana premis atau mana-mana bahagian premis itu, atau gagal untuk membenarkan dirinya diperiksa;
menyerang, menghalang, menggalang atau melengah-lengahkan mana-mana pegawai penyiasat dalam melaksanakan kuasanya di bawah Bahagian ini;
gagal untuk mematuhi apa-apa tuntutan yang sah mana-mana pegawai penyiasat dalam melaksanakan kewajipannya di bawah seksyen 232, 233 atau 236;
enggan memberi kepada seorang pegawai penyiasat apa-apa maklumat yang semunasabahnya boleh dikehendaki daripadanya dan yang dia berkuasa untuk memberikannya;
gagal untuk mengemukakan kepada, atau menyembunyikan atau cuba menyembunyikan daripada, seorang pegawai penyiasat apa-apa harta, buku, dokumen atau artikel lain berhubungan dengan yang pegawai penyiasat itu mempunyai alasan yang munasabah bagi mengesyaki bahawa suatu kesalahan atau kemungkiran telah atau sedang dilakukan di bawah Akta ini;
mendapatkan balik atau berusaha untuk mendapatkan balik apa-apa benda yang telah disita dengan sewajarnya;
Perkhidmatan Kewangan Islam 235
memberikan kepada seorang pegawai penyiasat maklumat sebagai benar, yang dia tahu atau mempunyai sebab bagi mempercayai adalah palsu, mengelirukan, tidak tepat atau tidak lengkap; atau
sebelum atau selepas apa-apa penyitaan, memecah atau selainnya memusnah apa-apa benda untuk menghalang penyitaan, atau melindungi benda itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII