Skip to content
In forceUpdated to 15 Sep 2026Read it in English
Contents

Bahagian II · Perlindungan Data Peribadi

35. Pematuhan permintaan pembetulan data

Feedback & support

In plain English

Subject to other rules, a data user satisfied that personal data is inaccurate, incomplete, misleading or not up-to-date must correct it within twenty-one days of receiving the correction request. Sometimes it must take all practicable steps to send a corrected copy, with written reasons, to a third party given the data in the twelve months before the correction.

Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.

(1)

Tertakluk pada subseksyen (2), (3) dan (5) dan seksyen 36, jika seseorang pengawal data berpuas hati bahawa data peribadi yang dengannya suatu permintaan pembetulan data adalah berhubungan adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini, dia hendaklah, tidak lewat daripada dua puluh satu hari dari tarikh penerimaan permintaan pembetulan data itu—

(a)

membuat pembetulan yang perlu kepada data peribadi itu;

(b)

memberi peminta suatu salinan data peribadi yang telah dibetulkan; dan

Undang-Undang Malaysia 40

(c)

tertakluk pada subseksyen (4), jika—

(i)

data peribadi itu telah dizahirkan kepada suatu pihak ketiga dalam masa dua belas bulan sebaik sebelum hari yang pembetulan itu dibuat; dan

(ii)

pengawal data itu tidak mempunyai apa-apa sebab untuk mempercayai bahawa pihak ketiga itu telah berhenti menggunakan data peribadi bagi maksud, termasuklah apa-apa maksud yang berkaitan secara langsung, yang baginya data peribadi itu telah dizahirkan kepada pihak ketiga itu, mengambil segala langkah praktikal untuk memberi pihak ketiga suatu salinan data peribadi yang telah dibetulkan sedemikian berserta dengan suatu notis bertulis yang menyatakan sebab-sebab bagi pembetulan itu.

(2)

Seseorang pengawal data yang tidak dapat mematuhi permintaan pembetulan data dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1) hendaklah sebelum habis tempoh itu—

(a)

melalui notis bertulis memaklumkan peminta bahawa dia tidak dapat mematuhi permintaan pembetulan data dalam tempoh itu dan sebab-sebab kenapa dia tidak dapat berbuat demikian; dan

(b)

mematuhi permintaan pembetulan data itu ke apa-apa takat yang dapat dibuat olehnya.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), pengawal data hendaklah mematuhi keseluruhan permintaan pembetulan data itu tidak lewat daripada empat belas hari selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1).

(4)

Seseorang pengawal data tidak dikehendaki untuk mematuhi perenggan (1)(c) dalam apa-apa hal jika penzahiran data peribadi kepada pihak ketiga terdiri daripada pemeriksaan sendiri daftar oleh pihak ketiga itu—

(a)

yang dalamnya data peribadi itu dimasukkan atau selainnya direkodkan; dan

(b)

yang tersedia untuk pemeriksaan oleh orang awam.

Perlindungan Data Peribadi 41

(5)

Jika seseorang pengawal data diminta untuk membetulkan data peribadi di bawah subseksyen 34(1) dan data peribadi itu sedang diproses oleh pengawal data lain yang berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk memberikan maklum balas kepada permintaan pembetulan data itu—

(a)

pengawal data yang mula-mula disebut itu hendaklah dengan serta-merta memindahkan permintaan pembetulan data itu kepada pengawal data itu, dan memberitahu peminta itu mengenai fakta ini; dan

(b)

seksyen 34, 35, 36 dan 37 hendaklah terpakai seolah-olah sebutan dalamnya kepada seorang pengawal data ialah sebutan kepada pengawal data lain itu.

Report

Bahagian III

Pengecualian

Bahagian IV

Pelantikan, Fungsi dan Kuasa Pesuruhjaya

Bahagian V

Kumpulan Wang Perlindungan Data Peribadi

Bahagian VI

Jawatankuasa Penasihat Perlindungan Data Peribadi

Bahagian VII

Tribunal Rayuan

Bahagian VIII

Pemeriksaan, Aduan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Kecualian dan Peralihan