Skip to content

Bahagian IV · Obligasi Pelaporan

14. Laporan oleh institusi pelapor

Feedback & support
(1)

Sesuatu institusi pelapor hendaklah dengan segera melaporkan kepada pihak berkuasa berwibawa—

*(a) apa-apa transaksi yang melebihi apa-apa amaun yang ditentukan oleh pihak berkuasa berwibawa;

*CATATAN—Perenggan 14(1)(a)–lihat Perintah Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan

Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Penggunaan Bahagian IV) (No. 2) 2014

[P.U. (A) 324/2014].

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

*(b) apa-apa transaksi atau aktiviti jika identiti orang yang terlibat, transaksi atau aktiviti itu sendiri atau apa-apa hal keadaan lain berkenaan dengan transaksi atau aktiviti itu memberi mana-mana pegawai atau pekerja institusi pelapor itu sebab untuk mengesyaki bahawa transaksi atau aktiviti itu melibatkan hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan;

**(c)

apa-apa transaksi, aktiviti atau harta jika mana-mana pegawai atau pekerja institusi pelapor itu mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa transaksi, aktiviti atau harta yang terlibat itu berhubungan atau berkaitan dengan, digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi atau oleh, mana-mana perbuatan keganasan, pengganas, kumpulan pengganas, entiti pengganas atau orang yang membiayai keganasan;

(d)

apa-apa transaksi, aktiviti atau harta jika mana-mana pegawai atau pekerja institusi pelapor itu mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa transaksi, aktiviti atau harta yang terlibat itu berhubungan atau berkaitan dengan, digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi atau oleh, mana-mana aktiviti terhad, pencambah atau orang yang membiayai aktiviti terhad;

(e)

apa-apa transaksi atau aktiviti mencurigakan sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa berwibawa.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1761).

(3)

Bagi maksud seksyen ini, pihak berkuasa berwibawa boleh mengeluarkan apa-apa arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak kepada, atau mengenakan apa-apa syarat ke atas, institusi pelapor, atau pengarah,

*CATATAN—Digunakan menurut seksyen 8 Akta ini bagi institusi yang menjalankan perniagaan perbankan, perniagaan syarikat kewangan, perniagaan perdagangan perbankan dan perniagaan perbankan

Islam yang berkuat kuasa pada 15 Januari 2002–lihat P.U. (A) 20/2002.

**CATATAN—Lihat Perintah Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan

Hasil daripada Aktiviti Haram (Penggunaan Bahagian IV) (No. 2) 2014 [P.U. (A) 324/2014].

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

41

Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan

Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada

Aktiviti Haram pegawai atau pekerja institusi pelapor itu mengenai mekanisme pelaporan dan cara untuk mengesan corak tabiat yang melibatkan transaksi atau aktiviti mencurigakan.

(4)

Institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu hendaklah mematuhi arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak yang dikeluarkan, atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (3).

(5)

Mana-mana institusi pelapor yang melanggar subseksyen (1)

atau mana-mana institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu yang melanggar subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.

Report

Bahagian V

Penyiasatan

Bahagian VI

Pembekuan, Penyitaan dan Pelucuthakan

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules