Skip to content

Bahagian IV · Obligasi Pelaporan

15. Pemusatan maklumat

Feedback & support
(1)

Sesuatu institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu hendaklah menubuhkan, mentadbir dan menyenggara suatu sistem bagi pemusatan maklumat yang dikumpul menurut Bahagian ini.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), pihak berkuasa berwibawa boleh mengeluarkan apa-apa arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak kepada, atau mengenakan apa-apa syarat ke atas, institusi pelapor, atau pengarah,

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

43

Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan

Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada

Aktiviti Haram pegawai atau pekerja institusi pelapor itu mengenai bentuk dan cara pemusatan maklumat.

(3)

Institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu hendaklah mematuhi arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak yang dikeluarkan, atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2).

(4)

Mana-mana institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu yang melanggar subseksyen (1) atau (3)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.

Report

Bahagian V

Penyiasatan

Bahagian VI

Pembekuan, Penyitaan dan Pelucuthakan

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules