Skip to content

Seksyen 101

Pendaftaran anggota menjadi keterangan hakmilik di sisi undang-undang

of Akta Syarikat 2016

ActIn forceProvision 101 of 159
Seksyen 101
(1)

Dalam ketiadaan keterangan sehingga dibuktikan sebaliknya, catatan nama seseorang dalam daftar anggota sebagai pemegang syer ialah keterangan prima facie bahawa hakmilik di sisi undang-undang ke atas syer itu adalah terletak hak pada orang itu.

(2)

Tertakluk pada seksyen 147, syarikat boleh menganggap pemegang berdaftar syer sebagai satu-satunya orang yang berhak untuk—

Syarikat 137

(a)

menjalankan hak mengundi yang terikat dengan syer itu;

(b)

menerima notis;

(c)

menerima pembahagian berkenaan dengan syer itu, jika ada;

dan

(d)

menjalankan hak dan kuasa lain yang terikat dengan syer itu.

Kewajipan setiausaha untuk mencatatkan pengeluaran dan pemindahmilikan syer dalam daftar anggota