Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

100. Penomboran syer

Feedback & support
(1)

Jika sesuatu syarikat mengeluarkan suatu perakuan syer, setiap syer hendaklah dikenali dengan suatu nombor yang tersendiri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen (2) atau (3).

(2)

Jika—

(a)

semua syer keluaran dalam sesuatu syarikat berbayar penuh dan berperingkat sama rata bagi segala maksud; atau

(b)

semua syer keluaran daripada kelas tertentu dalam sesuatu syarikat berbayar penuh dan berperingkat sama rata bagi segala maksud, tiada mana-mana syer itu dikehendaki untuk mempunyai nombor pengenalan selagi syer itu masih berbayar penuh dan berperingkat sama rata bagi segala maksud dengan semua syer yang sama kelasnya dikeluarkan dan berbayar penuh.

(3)

Jika syer baharu dikeluarkan oleh syarikat atas terma bahawa, dalam tempoh tidak melebihi dua belas bulan, syer baharu itu akan diperingkatkan sama rata bagi segala maksud dengan semua syer yang sedia ada atau dengan semua syer yang sedia ada daripada kelas tertentu, dalam syarikat itu, sama ada syer baharu atau syer yang sedia ada itu tidak dikehendaki untuk mempunyai nombor pengenalan selagi

Syarikat 143

kesemuanya berbayar penuh dan berperingkat sama rata bagi segala maksud.

Report

Bahagian II

Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules