Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

154. Section 154

Feedback & support
(1)

Suatu prospektus yang baginya Subpenggal ini terpakai tidak boleh dikeluarkan, diedarkan atau diagihkan oleh mana-mana orang melainkan jika—

(a)

prospektus itu telah terlebih dahulu didaftarkan oleh

Pendaftar; dan

(b)

prospektus itu telah mematuhi peruntukan Akta ini.

(2)

Prospektus yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 hendaklah diserah simpan dengan Pendaftar sebelum tarikh pengeluaran prospektus itu.

(3)

Seseorang tidak boleh mengeluarkan, mengedarkan atau mengagihkan apa-apa borang permohonan bagi syer atau debentur suatu perbadanan melainkan jika—

(a)

dia dibenarkan secara bertulis oleh Pendaftar; dan

(b)

borang itu disertakan dengan suatu salinan prospektus yang telah didaftarkan oleh Pendaftar.

(4)

Subsekyen (2) tidak terpakai bagi borang permohonan jika—

(a)

borang itu dikeluarkan, diedarkan atau diagihkan berkaitan dengan syer atau debentur yang tidak ditawarkan kepada orang awam;

(b)

borang itu dikeluarkan, diedarkan atau diagihkan berkaitan dengan suatu tawaran pengambilalihan yang mematuhi

196 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

peruntukan undang-undang yang berkaitan yang terpakai bagi tawaran itu; atau

(c)

borang itu dikeluarkan, diedarkan atau diagihkan berkaitan dengan syer yang ditawarkan bagi pembelian atau langganan oleh pekerja suatu perbadanan atau perbadanan berkaitannya mengikut suatu skim yang diluluskan oleh Pendaftar.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya.

Pendaftaran prospectus

Report

Bahagian II

Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules