Seksyen 155
Suatu prospektus boleh didaftarkan jika—
(a)
suatu salinan prospektus yang ditandatangani oleh tiap-tiap pengarah dan tiap-tiap orang yang dinamakan dalam prospektus itu sebagai pengarah perbadanan yang dicadangkan atau oleh ejennya yang diberi kuasa secara
190 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
bertulis diserah simpan dengan Pendaftar pada atau sebelum tarikh pengeluaran prospektus itu; dan
(b)
prospektus itu dikemukakan kepada Pendaftar bersama dengan—
(i)
suatu permohonan bertulis bagi pendaftaran prospektus itu;
(ii)
salinan semua persetujuan yang dikehendaki di bawah seksyen 160 daripada mana-mana orang yang dinamakan dalam prospektus itu sebagai telah membuat suatu pernyataan yang dimasukkan dalam prospektus itu atau yang padanya suatu pernyataan yang dibuat dalam prospektus itu diasaskan;
(iii)
salinan semua kontrak yang material yang disebut dalam prospektus itu atau, dalam hal suatu kontrak yang tidak diubah ke dalam bentuk bertulis, suatu memorandum yang memberikan butir-butir penuh kontrak, yang ditentusahkan mengikut apa-apa kehendak yang ditentukan oleh Pendaftar; dan
(iv)
apa-apa maklumat atau dokumen lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar.