Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan
193. Liabiliti bagi panggilan dan pelucuthakan
Feedback & supportJika suatu syer menjadikan pemegangnya bertanggungan untuk memanggil atau mengenakan liabiliti ke atas pemegangnya, liabiliti itu yang terikat dengan pemegang syer pada masa ini, sama ada atau tidak liabiliti itu berkuat kuasa sebelum syer itu didaftarkan atas nama pemegang syer itu dan tidak terikat dengan pemegang syer yang terdahulu.
Tertakluk pada seksyen 82 dan 83, jika semua atau sebahagian daripada balasan yang kena dibayar berkenaan dengan pengeluaran sesuatu syer tidak dijelaskan dan orang yang kepadanya syer dikeluarkan tidak lagi memegang syer itu, liabiliti yang berkenaan dengan balasan tidak dijelaskan itu terus berada pada orang yang kepadanya syer itu dikeluarkan atau mana-mana orang lain yang mengambil alih liabiliti itu pada masa pengeluarannya dan tidak terikat dengan pemegang syer yang berikutnya.