Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan
202. Pengarah yang dinamakan dan pengarah yang berikutnya
Feedback & supportSeseorang yang dinamakan sebagai pengarah dalam suatu permohonan bagi pemerbadanan syarikat hendaklah memegang jawatan sebagai pengarah dari tarikh pemerbadanan itu sehingga orang itu terhenti memegang jawatan sebagai pengarah mengikut Akta ini.
Semua pengarah yang berikutnya bagi suatu syarikat boleh dilantik melalui ketetapan biasa.
Tertakluk pada perlembagaan,
Lembaga boleh, pada bila-bila masa, melantik seorang pengarah sebagai tambahan kepada pengarah yang sedia ada dan pengarah yang dilantik sedemikian hendaklah memegang jawatan itu—
Syarikat 259
dalam hal suatu syarikat awam, sehingga mesyuarat agung tahunan yang akan datang; atau
dalam hal suatu syarikat persendirian, mengikut terma pelantikannya.