Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

199. Kuasa Mahkamah untuk menghilangkan kelayakan orang daripada bertindak sebagai pengarah atau penganjur

Feedback & support
(1)

Mahkamah boleh, atas permohonan Pendaftar, membuat suatu perintah untuk menghilangkan kelayakan mana-mana orang

Syarikat 257

daripada bertindak atau memegang jawatan sebagai pengarah atau penganjur suatu syarikat, atau terlibat dengan atau mengambil bahagian dalam pengurusan syarikat sama ada secara langsung atau tidak langsung, jika—

(a)

dalam masa lima tahun yang terdahulu, orang itu telah menjadi pengarah bagi dua syarikat atau lebih yang telah dibubarkan akibat syarikat menjadi tidak solven disebabkan oleh penjalanan fungsinya sebagai pengarah yang menyumbang sama ada secara keseluruhan atau sebahagian daripada penyelesaian itu;

(b)

disebabkan oleh pelanggaran kewajipannya sebagai pengarah; atau

(c)

disebabkan oleh kelazimannya melanggar Akta ini.

(2)

Permohonan yang berbangkit daripada hal keadaan yang disebut dalam perenggan (1)(a) boleh dibuat oleh Pegawai Penerima dan

Pendaftar hendaklah menjadi suatu pihak kepada prosiding itu.

(3)

Sebelum membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1),

Mahkamah boleh menghendaki mana-mana orang—

(a)

untuk memberikan kepada Mahkamah apa-apa maklumat berkenaan dengan hal ehwal syarikat; dan

(b)

untuk mengemukakan dan membenarkan pemeriksaan apa-apa buku atau dokumen yang berkaitan dengan syarikat.

(4)

Selepas menimbang permohonan dan maklumat tambahan dan dokumen yang diterima di bawah subseksyen (3), jika ada, Mahkamah boleh membuat suatu perintah untuk menghilangkan kelayakan orang itu daripada bertindak atau memegang jawatan sebagai pengarah atau penganjur suatu syarikat, atau terlibat dengan atau mengambil bahagian dalam pengurusan syarikat sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi lima tahun bermula dari tarikh perintah itu.

258 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(5)

Pendaftar atau Pegawai Penerima hendaklah memberikan notis tidak kurang daripada empat belas hari kepada orang yang disebut dalam subseksyen (1) memberitahu tentang niatnya untuk memohon perintah di bawah seksyen ini.

Report

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules