Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

197. Orang yang berkaitan dengan pengarah

Feedback & support
(1)

Seseorang hendaklah disifatkan sebagai berkaitan dengan pengarah jika orang itu ialah—

(a)

anggota keluarga pengarah itu;

(b)

pertubuhan perbadanan yang bersekutu dengan pengarah itu;

(c)

pemegang amanah suatu amanah, selain pemegang amanah bagi skim syer pekerja atau skim pencen, yang di bawahnya pengarah itu atau anggota keluarganya merupakan benefisiari; atau

(d)

pekongsi pengarah itu atau pekongsi orang yang berkaitan dengan pengarah itu.

(2)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

“anggota keluarga pengarah” ertinya suami atau isteri, ibu atau bapa, anak, termasuklah anak angkat dan anak tiri, adik-beradik dan suami atau isteri kepada anak atau adik-beradik pengarah itu;

(b)

suatu pertubuhan perbadanan adalah bersekutu dengan pengarah jika—

(i)

pertubuhan perbadanan itu lazimnya atau berada di bawah suatu obligasi, sama ada formal atau tidak formal, atau majoriti pengarah pertubuhan perbadanan itu lazimnya, bertindak mengikut arahan, petunjuk atau kemahuan pengarah itu;

Syarikat 255

(ii)

pengarah itu mempunyai kepentingan yang mengawal dalam pertubuhan perbadanan itu; atau

(iii)

pengarah itu, atau orang yang berkaitan dengan pengarah itu, atau pengarah itu dan orang yang berkaitan dengannya, berhak untuk melaksanakan, atau mengawal pelaksanaan, tidak kurang daripada dua puluh peratus undi yang terikat dengan syer mengundi dalam pertubuhan perbadanan itu.

Report

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules