Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan
196. Pengarah syarikat
Feedback & supportIn plain English
A private company needs at least one director, and a public company two directors. A director must be a natural person aged at least eighteen years. A director cannot leave office if this drops directors below the minimum, unless replaced. Directors counted toward the minimum must ordinarily live in Malaysia; alternate or substitute directors do not count.
Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.
Sesuatu syarikat hendaklah mempunyai bilangan minimum pengarah seperti yang berikut:
dalam hal suatu syarikat persendirian, seorang pengarah; atau
dalam hal suatu syarikat awam, dua orang pengarah.
Seseorang pengarah hendaklah seorang orang sebenar yang berumur sekurang-kurangnya lapan belas tahun.
Seseorang pengarah syarikat tidak boleh meletakkan jawatan atau mengosongkan jawatannya jika dengan peletakan jawatan atau pengosongan jawatan itu, bilangan pengarah syarikat menjadi kurang daripada bilangan minimum yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) dan apa-apa yang berupa peletakan jawatan atau pengosongan jawatan yang berlanggaran dengan seksyen ini hendaklah disifatkan tidak berkuat kuasa melainkan jika seorang dilantik bagi jawatan itu.
Bagi maksud seksyen ini, bilangan minimum pengarah itu—
254 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
hendaklah lazimnya bermastautin di Malaysia dengan mempunyai tempat kediaman yang utama di Malaysia; dan
tidak termasuk seorang pengarah silih ganti atau pengarah ganti.