Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan
206. Pemecatan pengarah
Feedback & supportSeseorang pengarah boleh dipecat sebelum habis tempoh jawatan pengarah itu seperti yang berikut:
tertakluk pada perlembagaan, dalam hal suatu syarikat persendirian, melalui ketetapan biasa; atau
dalam hal suatu syarikat awam, mengikut seksyen ini.
Walau apa pun apa-apa jua dalam perlembagaan atau mana-mana perjanjian antara suatu syarikat awam dengan seorang pengarah, syarikat itu boleh melalui ketetapan biasa pada sesuatu mesyuarat memecat pengarah itu sebelum habis tempoh jawatan pengarah itu.
Notis khas dikehendaki bagi suatu ketetapan untuk memecat seseorang pengarah di bawah seksyen ini atau untuk melantik seorang yang lain sebagai ganti pengarah yang dipecat itu pada mesyuarat yang sama.
Walau apa pun perenggan (1)(b), jika pengarah bagi suatu syarikat awam telah dilantik untuk mewakili kepentingan bagi mana-mana kelas tertentu pemegang syer atau pemegang debentur, ketetapan untuk memecat pengarah itu tidak berkuat kuasa sehingga pengganti bagi pengarah itu telah dilantik.
Seseorang yang dilantik sebagai pengarah bagi menggantikan pengarah yang dipecat di bawah seksyen ini hendaklah dianggap, bagi maksud menentukan masa yang pengarah itu atau mana-mana
262 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
pengarah lain untuk bersara, seolah-olah telah menjadi pengarah pada hari orang yang digantikannya kali terakhir dilantik sebagai pengarah.