Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan
209. Section 209
Feedback & supportTertakluk pada subseksyen 196(3), jika syarikat mempunyai hanya seorang pengarah atau pengarah terakhir yang masih ada, pengarah itu tidak boleh meletakkan jawatan sehingga pengarah itu memanggil suatu mesyuarat anggota untuk menerima notis peletakan jawatan dan untuk melantik seorang atau lebih pengarah yang baru.
Subseksyen (1) juga terpakai bagi sesuatu syarikat yang pengarah tunggalnya ialah juga seorang pemegang syer tunggal.
Bagi maksud melantik pengarah baru, sekiranya jawatan pengarah tunggal atau pengarah terakhir yang masih ada bagi syarikat menjadi kosong disebabkan oleh hal keadaan yang disebut dalam perenggan 208(1)(d), (e), (f) atau (g), setiausaha hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan, memanggil suatu mesyuarat waris kadim, wakil diri lain atau suatu mesyuarat anggota, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Setiausaha berhak untuk ditanggung rugi oleh syarikat berhubung dengan apa-apa kos dan perbelanjaan yang munasabah bagi mesyuarat yang diadakan di bawah subseksyen (3).
Syarikat 265
Jika waris kadim, wakil diri atau anggota tidak melantik seorang pengarah dalam masa enam bulan dari tarikh kematian pengarah yang terakhir itu, Pendaftar boleh mengarahkan syarikat itu dibatalkan mengikut Subpenggal 1 Penggal 4 Bahagian IV.
Jika pengarah tunggal yang juga merupakan pemegang syer tunggal syarikat tidak berupaya menguruskan hal ehwal syarikat oleh sebab ketidakupayaan mentalnya, jawatankuasa yang dilantik di bawah Akta Kesihatan Mental 2001 untuk menguruskan estetnya boleh melantik seseorang sebagai pengarah.
Subpenggal 3
Kewajipan dan Tanggungjawab Pengarah