Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

203. Pelantikan pengarah syarikat awam hendaklah diundi secara individu

Feedback & support
(1)

Dalam mesyuarat agung suatu syarikat awam, usul untuk melantik dua orang atau lebih sebagai pengarah melalui suatu ketetapan tunggal tidak boleh dibuat melainkan jika ketetapan bagi usul yang dibuat itu telah dipersetujui terlebih dahulu oleh mesyuarat itu tanpa apa-apa undi yang menentang diberikan terhadapnya.

(2)

Suatu ketetapan yang diluluskan mengikut suatu usul yang dibuat yang berlanggaran dengan seksyen ini hendaklah terbatal, sama ada usul bagi ketetapan itu telah dibantah pada masa itu atau tidak.

(3)

Peruntukan bagi pelantikan semula secara automatik pengarah yang bersara yang disebut dalam subseksyen 205(6) tidak terpakai jika suatu ketetapan mengikut suatu usul yang dibuat dengan melanggar seksyen ini telah diluluskan.

(4)

Suatu usul untuk meluluskan pelantikan seseorang atau bagi menamakan seseorang bagi pelantikan hendaklah dianggap sebagai suatu usul bagi pelantikannya.

(5)

Suatu ketetapan yang diluluskan di bawah seksyen ini tidak boleh ditafsirkan sebagai meminda perlembagaan.

Report

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules