Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

198. Orang yang dihilangkan kelayakan sebagai pengarah

Feedback & support
(1)

Seseorang tidak boleh memegang jawatan sebagai pengarah syarikat atau sama ada secara langsung atau tidak langsung terlibat atau mengambil bahagian dalam pengurusan syarikat, jika orang itu—

(a)

seorang bankrap yang belum dilepaskan;

(b)

telah disabitkan atas suatu kesalahan yang berhubungan dengan penganjuran, pembentukan atau pengurusan suatu perbadanan;

(c)

telah disabitkan atas suatu kesalahan yang berhubungan dengan sogokan, fraud atau kecurangan;

(d)

telah di sabitkan atas suatu kesalahan dibawah seksyen 213,

217, 218, 228 dan 539; atau

(e)

telah dihilangkan kelayakan oleh Mahkamah di bawah seksyen 199.

(2)

Hal keadaan yang disebut dalam perenggan (1)(a), (b), (c)

dan (d) hendaklah terpakai bagi hal keadaan di dalam Malaysia atau di luar Malaysia.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), seseorang yang telah dihilangkan kelayakan di bawah perenggan (1)(a) boleh dilantik atau memegang jawatan sebagai pengarah dengan keizinan—

256 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(a)

Pegawai Penerima; atau

(b)

Mahkamah dengan syarat bahawa notis tentang niat untuk memohon keizinan telah disampaikan kepada Pegawai

Penerima dan Pegawai Penerima telah didengar atas permohonan itu.

(4)

Walau apa pun subseksyen (1), seseorang yang telah dihilangkan kelayakan di bawah perengan (1)(b), (c), (d) atau (e) boleh dilantik semula atau memegang jawatan sebagai pengarah dengan keizinan Mahkamah.

(5)

Seseorang yang berniat untuk memohon bagi mendapatkan keizinan Mahkamah di bawah perenggan (3)(b) atau subseksyen (4)

hendaklah—

(a)

memberikan kepada Pendaftar suatu notis tidak kurang daripada empat belas hari dari niatnya untuk melakukan sedemikian; dan

(b)

menjadikan Pendaftar sebagai suatu pihak kepada prosiding di bawah subseksyen (3).

(6)

Bagi maksud subseksyen (5), mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (1)(b), (c), (d) atau (e) tidak dikehendaki untuk mendapatkan keizinan Mahkamah selepas habis tempoh lima tahun yang dikira dari tarikh dia disabitkan atau jika dia dihukum dengan pemenjaraan, dari tarikh dia dilepaskan dari penjara.

(7)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya.

Report

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules