Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan
213. Kewajipan dan tanggungjawab pengarah
Feedback & supportPengarah syarikat hendaklah pada setiap masa menjalankan kuasanya mengikut Akta ini, bagi maksud yang sepatutnya dan dengan suci hati demi kepentingan syarikat.
Pengarah syarikat hendaklah dengan ketelitian, kemahiran dan usaha yang munasabah melaksanakan—
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang semunasabahnya boleh diharapkan daripada seorang pengarah yang mempunyai tanggungjawab yang sama; dan
apa-apa pengetahuan, kemahiran dan pengalaman tambahan yang pada hakikatnya ada pada seorang pengarah.
Seseorang pengarah yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.