Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

205. Section 205

Feedback & support
(1)

Peruntukan di bawah seksyen ini hendaklah terpakai berkenaan dengan persaraan pengarah melainkan jika terdapat peruntukan tertentu dalam perlembagaan syarikat atau terma pelantikan berkaitan dengan persaraan pengarah.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), suatu syarikat persendirian boleh meluluskan suatu ketetapan bertulis mengikut seksyen 297 untuk menentukan persaraan seseorang pengarah.

(3)

Pengarah hendaklah bersara seperti yang berikut:

(a)

pada mesyuarat agung tahunan yang pertama suatu syarikat awam, semua pengarah hendaklah bersara daripada jawatan apabila mesyuarat itu selesai; dan

(b)

pada mesyuarat agung tahunan tiap-tiap tahun yang berikutnya, satu pertiga daripada pengarah yang pada masa itu menjadi, atau, jika bilangan mereka bukan tiga atau angka gandaan tiga, maka bilangan satu pertiga yang paling hampir, hendaklah bersara daripada jawatan apabila mesyuarat itu selesai.

(4)

Pengarah yang akan bersara dalam tiap-tiap tahun hendaklah merupakan pengarah yang paling lama memegang jawatan sejak pemilihan yang terakhir pengarah, tetapi dalam kalangan orang yang menjadi pengarah pada hari yang sama, pengarah yang akan bersara hendaklah ditentukan melalui lot, melainkan jika terdapat persetujuan selainnya antara mereka.

(5)

Seseorang pengarah yang bersara layak untuk dipilih semula selagi dia tidak dihilangkan kelayakan di bawah Akta ini.

(6)

Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam perlembagaan, syarikat boleh melantik mana-mana orang yang tidak dihilangkan kelayakan di bawah Akta ini untuk mengisi kekosongan itu dalam mesyuarat agung tahunan yang padanya pengarah itu bersara, dan jika tiada pelantikan dibuat untuk mengisi kekosongan jawatan itu,

Syarikat 261

pengarah yang bersara itu hendaklah, jika dia menawarkan dirinya untuk dipilih semula, disifatkan telah dipilih semula, melainkan jika—

(a)

pada mesyuarat itu syarikat membuat ketetapan dengan nyata untuk tidak mengisi jawatan yang kosong itu; atau

(b)

ketetapan bagi pemilihan semula pengarah itu dibawa ke mesyuarat dan tidak terpilih.

Report

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules