Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

208. Pengosongan jawatan pengarah

Feedback & support
(1)

Jawatan pengarah syarikat hendaklah menjadi kosong jika orang yang memegang jawatan itu—

(a)

meletakkan jawatan mengikut subseksyen (2);

(b)

telah bersara mengikut Akta ini atau perlembagaan syarikat tetapi tidak dipilih semula;

(c)

dipecat daripada jawatan mengikut

Akta ini atau perlembagaan syarikat;

(d)

dihilangkan kelayakan daripada menjadi pengarah di bawah seksyen 198 atau 199;

(e)

menjadi tidak sempurna akal atau seorang yang dirinya atau estetnya bertanggungan untuk diuruskan mengikut apa-apa cara di bawah

Akta

Kesihatan

Mental 2001

[Akta 615];

(f)

mati; atau

(g)

selainnya mengosongkan jawatannya mengikut perlembagaan syarikat.

(2)

Tertakluk pada subseksyen 196(3) dan seksyen 209, seseorang pengarah boleh meletakkan jawatannya dengan memberi suatu notis bertulis kepada syarikat di pejabat berdaftarnya.

264 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(3)

Notis di bawah subseksyen (2) hendaklah berkuat kuasa apabila notis itu dihantar serah di alamat pejabat berdaftar atau pada suatu tarikh yang kemudian yang dinyatakan dalam notis itu.

(4)

Jika sesuatu kekosongan berpunca daripada hal keadaan yang disebut dalam subseksyen (1), Lembaga hendaklah mempunyai kuasa, pada bila-bila masa, untuk melantik mana-mana orang menjadi pengarah bagi mengisi kekosongan jawatan itu dan pengarah yang dilantik sedemikian hendaklah memegang jawatan itu—

(a)

dalam hal suatu syarikat awam, sehingga mesyuarat agung tahunan yang akan datang; atau

(b)

dalam hal suatu syarikat persendirian, mengikut terma pelantikan.

Peletakan jawatan, pengosongan jawatan atau kematian pengarah tunggal atau pengarah terakhir yang masih ada

Report

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules