Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

207. Hak pengarah syarikat awam untuk didengar terhadap pemecatan

Feedback & support
(1)

Apabila menerima notis khas bagi suatu ketetapan untuk memecat seseorang pengarah di bawah subseksyen 206(3), syarikat hendaklah dengan serta-merta menghantar suatu salinan notis khas itu kepada pengarah itu.

(2)

Pengarah itu hendaklah diberikan hak untuk membuat representasi lisan atau representasi bertulis dengan tidak melebihi kepanjangan yang munasabah pada ketetapan untuk memecatnya.

(3)

Jika pengarah membuat representasi bertulis dan meminta supaya representasi bertulis itu diberitahu kepada anggota, syarikat hendaklah, melainkan jika representasi itu terlalu lewat diterima bagi syarikat untuk berbuat demikian—

(a)

menyatakan tentang hakikat bahawa representasi itu telah dibuat dalam notis ketetapan yang diberikan kepada anggota syarikat itu; dan

(b)

menghantar suatu salinan representasi itu kepada tiap-tiap anggota syarikat yang kepadanya notis mesyuarat dihantar.

(4)

Jika suatu salinan representasi itu tidak dihantar sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) disebabkan oleh representasi itu terlalu lewat diterima oleh syarikat atau disebabkan oleh keingkaran syarikat, pengarah boleh, tanpa menjejaskan haknya untuk didengar secara lisan, menghendaki supaya representasi itu dibaca pada mesyuarat itu.

(5)

Salinan representasi itu tidak perlu dihantar keluar dan representasi itu tidak perlu dibaca pada mesyuarat itu jika, atas permohonan sama ada oleh syarikat atau oleh mana-mana orang lain yang menuntut sebagai terkilan, Mahkamah berpuas hati bahawa hak yang diberikan oleh seksyen ini telah disalah guna.

Syarikat 263

(6)

Mahkamah boleh memerintahkan supaya kos syarikat bagi suatu permohonan di bawah subseksyen (5) dibayar keseluruhan atau sebahagian oleh pengarah, walau apa pun pengarah itu bukan merupakan suatu pihak kepada permohonan itu.

(7)

Perlembagaan suatu syarikat persendirian boleh memperuntukkan hak yang diberikan di bawah seksyen ini kepada pengarahnya.

Report

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules