Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian V · Pelesenan dan Pendaftaran
54. Penubuhan, penempatan semula atau penutupan cawangan, dsb., pemberi kredit berlesen
Feedback & support(1)
Suatu pemberi kredit berlesen yang dikawal selia oleh
Suruhanjaya hendaklah mematuhi kehendak penubuhan, penempatan semula atau penutupan cawangannya sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(2)
Suatu pemberi kredit berlesen yang dikawal selia oleh
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak boleh menjalankan perniagaan kreditnya di mana-mana tempat lain selain di alamat atau alamat-alamat yang dibenarkan.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.