Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English
Contents

Bahagian V · Pelesenan dan Pendaftaran

53. Fi yang kena dibayar oleh pemberi kredit berlesen

Feedback & support
(1)

Suatu pemberi kredit berlesen hendaklah membayar fi sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri atau Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Undang-Undang Malaysia 58

(2)

Jika suatu pemberi kredit berlesen yang dikawal selia oleh Suruhanjaya tidak membayar fi yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) pada tarikh fi itu perlu dibayar kepada Suruhanjaya, bagi setiap bulan pembayaran itu lewat, pemberi kredit berlesen itu hendaklah membayar suatu fi pembayaran lewat dalam suatu amaun yang ditetapkan oleh Menteri dan fi itu boleh didapatkan kembali oleh Suruhanjaya sebagai suatu hutang sivil kena dibayar kepada Suruhanjaya.

(3)

Fi yang ditetapkan yang dibayar kepada, atau didapatkan kembali oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 26.

(4)

Fi yang ditetapkan yang dibayar kepada Pendaftar di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian

Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

Report

Bahagian VI

Perniagaan Kredit Islam

Bahagian VII

Pelakuan Perniagaan bagi Perlindungan Pengguna Kredit

Bahagian VIII

Pemeriksaan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Peruntukan Am

Schedules