23. Bila polis atau penghulu boleh menangkap tanpa waran
Feedback & supportMana-mana pegawai polis atau penghulu boleh, tanpa perintah daripada Majistret dan tanpa waran, menangkap—
mana-mana orang yang terlibat dalam apa-apa kesalahan yang dilakukan di mana-mana tempat di Malaysia yang merupakan suatu kesalahan boleh tangkap di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di bahagian itu di
Malaysia yang ia dilakukan atau yang terhadapnya suatu aduan yang munasabah telah dibuat atau maklumat yang boleh dipercayai telah diterima atau suatu syak yang munasabah wujud mengenai penglibatannya sedemikian;
mana-mana orang yang ada dalam milikannya apa-apa perkakas pecah rumah tanpa alasan yang sah, beban membuktikan alasan itu hendaklah terletak pada orang itu;
mana-mana orang yang telah diproklamasikan di bawah seksyen 44;
44
Undang-Undang Malaysia
mana-mana orang yang dalam milikannya dijumpai apa-apa jua benda yang boleh semunasabahnya disyaki harta curi atau harta yang telah didapati secara fraud dan yang boleh semunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan dengan merujuk kepada benda itu;
mana-mana orang yang menggalang pegawai polis semasa melaksanakan tugasnya atau yang telah lepas lari atau cuba untuk lepas lari daripada jagaan sah;
mana-mana orang yang semunasabahnya disyaki merupakan seorang pembolos daripada Angkatan Tentera
Malaysia;
mana-mana orang yang didapati mengambil langkah berjaga-jaga untuk menyembunyikan kehadirannya dalam hal keadaan yang memberikan sebab untuk mempercayai bahawa dia mengambil langkah berjaga-jaga itu dengan tujuan untuk melakukan suatu kesalahan boleh tangkap;
mana-mana orang pada zahirnya tidak mempunyai mata pencarian atau yang tidak dapat memberikan penerangan yang memuaskan mengenai dirinya;
mana-mana orang yang melalui reputasi merupakan kaki rompak, pecah rumah atau curi atau kaki terima harta curi sedangkan dia tahu bahawa harta itu telah dicuri atau yang melalui reputasi lazimnya melakukan pemerasan atau, untuk melakukan pemerasan lazimnya menyebabkan atau cuba menyebabkan orang menjadi takut akan kecederaan;
mana-mana orang yang sedang melakukan suatu pecah keamanan di hadapannya; atau
mana-mana orang yang tertakluk pada pengawasan polis yang tidak mematuhi kehendak seksyen 296.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh dianggap sebagai mengehadkan atau mengubah suai kuat kuasa mana-mana
Kanun Tatacara Jenayah 45
undang-undang lain yang memberikan kuasa kepada pegawai polis atau penghulu untuk menangkap tanpa waran.
Jika mana-mana orang ditangkap tanpa waran di mana-mana wilayah komponen Malaysia (yang ungkapan ini hendaklah dalam subseksyen ini mempunyai erti yang sama seperti dalam Akta Waran dan Saman (Peruntukan-Peruntukan Khas) 1965 [Akta 6 tahun 1965])
bagi kesalahan yang dikatakan telah dilakukan di dalam mana-mana wilayah komponen lain Malaysia, peruntukan Akta Waran dan Saman
(Peruntukan-Peruntukan Khas) 1965 hendaklah, setakat yang peruntukan itu sesuai dan dengan apa-apa ubah suaian yang perlu, terpakai bagi maksud jagaan, pemindahan, pelepasan atas jaminan dan kehadiran di hadapan Mahkamah yang berkenaan di dalam wilayah komponen lain Malaysia bagi orang itu seolah-olah dia telah ditangkap menurut waran yang dikeluarkan oleh seorang Majistret di dalam wilayah komponen yang akhir disebut itu.