28. Bagaimana orang yang ditangkap dikehendaki diperlakukan dan penahanan lebih daripada dua puluh empat jam
Feedback & supportIn plain English
Subject to the rules on bail or earlier release, a police officer who arrests someone without a warrant must take or send them before a magistrate without unnecessary delay. The person must not be held longer than is reasonable. Unless a magistrate's special order applies, detention must not exceed twenty-four hours, not counting travel time to the magistrate.
Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.
Seseorang pegawai polis yang membuat penangkapan tanpa waran hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu dan tertakluk pada peruntukan dalam Kanun ini tentang jaminan atau pelepasan terdahulu, membawa atau menghantar orang yang ditangkap itu di hadapan Majistret.
Tiada pegawai polis boleh menahan dalam jagaan seseorang yang ditangkap tanpa waran selama tempoh yang lebih lama daripada yang munasabah dalam segala hal keadaan kes itu.
Tempoh itu tidak boleh, jika tiada atau selepas habis tempoh suatu perintah khas seorang Majistret di bawah seksyen 117, melebihi dua puluh empat jam tidak termasuk masa yang perlu bagi perjalanan dari tempat penangkapan itu ke Majistret.