27. Penangkapan oleh orang persendirian dan tatacara dalam hal sedemikian
Feedback & supportMana-mana orang persendirian boleh menangkap mana-mana orang yang, dalam penglihatannya melakukan suatu kesalahan tidak boleh jamin dan kesalahan boleh tangkap atau yang telah diproklamasikan di bawah seksyen 44 dan hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu menyerahkan orang yang ditangkap sedemikian kepada pegawai polis yang terhampir atau, jika tiada pegawai polis, membawa orang itu ke balai polis yang terhampir.
Jika terdapat sebab untuk mempercayai bahawa orang itu termasuk di bawah peruntukan seksyen 23, seorang pegawai polis hendaklah menangkap semula orang itu.
Jika terdapat sebab untuk mempercayai bahawa dia telah melakukan suatu kesalahan tidak boleh tangkap dan dia enggan, apabila dituntut oleh seseorang pegawai polis, memberikan nama dan kediamannya atau memberikan nama atau kediaman yang pegawai itu mempunyai sebab untuk mempercayai adalah palsu atau memberikan kediaman yang bukan di dalam Malaysia dia hendaklah diperlakukan di bawah seksyen 24.
Jika tiada apa-apa sebab untuk mempercayai bahawa dia telah melakukan suatu kesalahan, dia hendaklah dilepaskan dengan serta-merta.
Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan ke atas atau berkenaan dengan harta seorang yang lain boleh, jika nama dan alamatnya tidak diketahui, diberkas oleh orang yang menanggung kerugian atau oleh mana-mana orang yang menggunakan harta yang padanya kerugian itu ditanggung atau oleh pekhidmat salah seorang daripada orang itu atau oleh mana-mana orang yang diberi kuasa oleh atau yang bertindak membantu salah seorang daripada orang itu, dan boleh ditahan sehingga dia memberikan nama dan alamatnya dan memuaskan hati orang itu bahawa nama dan alamat yang diberikan sedemikian adalah betul atau sehingga dia dapat diserahkan ke dalam jagaan seorang pegawai polis.
48
Undang-Undang Malaysia
Jika mana-mana orang yang diberkas dengan sah di bawah subseksyen (5) mengamang atau menentang dengan kekerasan orang yang memberkasnya sedemikian atau mana-mana orang yang bertindak membantu orang itu, dia boleh didenda satu seratus ringgit.