Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2023Read it in English
Contents

28A. Hak orang yang ditangkap

Feedback & support

In plain English

Police must tell a person arrested without a warrant the grounds of arrest as soon as possible. Before questioning, police must tell the person they may contact a relative or friend and a lawyer. Police must delay questioning for a reasonable time so the person can consult the lawyer. A senior officer may allow exceptions in urgent or risky cases.

Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.

(1)

Seseorang yang ditangkap tanpa waran hendaklah diberitahu secepat yang boleh alasan penangkapannya oleh pegawai polis yang membuat penangkapan itu.

(2)

Seseorang pegawai polis hendaklah, sebelum memulakan apa-apa bentuk soal siasat atau perakaman apa-apa pernyataan daripada orang yang ditangkap itu, memberitahu orang itu bahawa dia boleh—

(a)

berhubung atau cuba berhubung, dengan seorang saudara atau sahabat untuk memberitahu keberadaannya; dan

(b)

berhubung atau cuba berhubung dan berunding dengan seorang pengamal undang-undang pilihannya.

Kanun Tatacara Jenayah 49

(3)

Jika orang yang ditangkap itu ingin berhubung atau cuba berhubung dengan orang yang disebut dalam perenggan (2)(a) dan (b), pegawai polis itu hendaklah, secepat yang boleh, membenarkan orang yang ditangkap itu untuk berbuat demikian.

(4)

Jika orang yang ditangkap itu telah meminta untuk berunding dengan pengamal undang-undang, pegawai polis itu hendaklah membenarkan suatu masa yang munasabah—

(a)

bagi pengamal undang-undang itu untuk hadir berjumpa dengan orang yang ditangkap itu di tempat tahanannya; dan

(b)

bagi perundingan itu dijalankan.

(5)

Perundingan di bawah subseksyen (4) hendaklah dalam penglihatan seorang pegawai polis dan dalam hal keadaan, setakat yang dapat dilaksanakan, yang percakapan mereka tidak akan didengar.

(6)

Pegawai polis hendaklah menangguhkan apa-apa soal siasat atau perakaman apa-apa pernyataan daripada orang yang ditangkap itu bagi suatu masa yang munasabah sehingga perhubungan atau cubaan berhubung di bawah perenggan 2(b) atau perundingan di bawah subseksyen (4) dibuat.

(7)

Pegawai polis hendaklah menyediakan kemudahan yang munasabah bagi perhubungan dan perundingan di bawah seksyen ini dan segala kemudahan yang disediakan adalah tanpa caj.

(8)

Kehendak di bawah subseksyen (2), (3), (4), (5), (6) dan (7)

tidak terpakai jika pegawai polis itu semunasabahnya mempercayai bahawa—

(a)

pematuhan apa-apa kehendak berkemungkinan menyebabkan—

(i)

rakan sejenayah orang yang ditangkap itu mengambil langkah-langkah untuk mengelak daripada diberkas; atau 50

Undang-Undang Malaysia

(ii)

penyembunyian, perekaan palsu atau pemusnahan keterangan atau ugutan terhadap seseorang saksi; atau

(b)

setelah mengambil kira keselamatan orang lain, soal siasat atau perakaman apa-apa pernyataan adalah sebegitu mendesak sehingga ia tidak boleh dilengahkan.

(9)

Subseksyen (8) hendaklah terpakai hanya apabila diberikan kebenaran oleh pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada

Timbalan Penguasa Polis.

(10)

Pegawai polis yang memberikan kebenaran di bawah subseksyen (9) hendaklah merekodkan alasan yang dipercayai oleh pegawai polis itu bahawa syarat yang dinyatakan di bawah subseksyen

(8)

akan berbangkit dan rekod itu hendaklah dibuat secepat yang dapat dilaksanakan.

(11)

Pegawai penyiasat itu hendaklah mematuhi kehendak di bawah subseksyen (2), (3), (4), (5), (6) dan (7) secepat yang mungkin selepas syarat yang dinyatakan di bawah subseksyen (8) telah terhenti terpakai jika orang yang ditangkap itu masih dalam tahanan di bawah seksyen ini atau di bawah seksyen 117.

Report

Bab V

Proses untuk Memaksa Kehadiran

Bab VI

Proses untuk Memaksa Pengemukaan Dokumen dan Harta Alih Lain dan bagi Penemuan Orang yang Dikurung Secara Salah

Bahagian IV

Pencegahan Kesalahan

Bab VII

Jaminan bagi Menjaga Keamanan dan bagi Kelakuan Baik

Bab VIII

Perhimpunan yang Menyalahi Undang-Undang

Bab IX

Kacau Ganggu Awam

Bab X

Perintah Sementara dalam Kes Kacau Ganggu yang Mendesak

Bab XI

Pertikaian Tentang Harta Tak Alih

Bab XII

Tindakan Pencegahan Oleh Polis

Bahagian V

Maklumat Kepada Polis dan Kuasa Mereka untuk Menyiasat

Bab XIII

Bahagian VI

Prosiding dalam Pendakwaan

Bab XIV

Bidang Kuasa Mahkamah Jenayah dalam

Bab XV

Aduan Kepada Majistret

Bab XVI

Pemulaan Prosiding di Hadapan Mahkamah Majistret

Bab XVII

Siasatan Permulaan bagi Kes yang Boleh Dibicarakan Oleh Mahkamah Tinggi

Bab XVIII

Bab XIX

Perbicaraan Terus Oleh Majistret

Bab XX

Bab XXI

Perbicaraan di Hadapan Mahkamah Tinggi Dengan Bantuan Pengapit

Bab XXII

Perbicaraan Dengan Juri di Hadapan

Bab XXIII

Juri dan Pengapit

Bab XXIV

Peruntukan Am Tentang Siasatan dan Perbicaraan

Bab XXV

Kaedah Mengambil dan Merekodkan Keterangan dalam Siasatan dan Perbicaraan

Bab XXVI

Penghakiman

Bab XXVII

Hukuman dan Penjalanannya

Bab XXVIII

Penggantungan, Peremitan dan Peringanan Hukuman

Bab XXIX

Pembebasan atau Sabitan Terdahulu

Bahagian VII

Rayuan dan Penyemakan

Bab XXX

Rayuan Kepada Mahkamah Tinggi

Bab XXXI

Penyemakan

Bahagian VIII

Prosiding Khas

Bab XXXIII

Orang Tidak Sempurna Akal

Bab XXXIV

Prosiding dalam Hal Kesalahan Tertentu yang Menyentuh Pentadbiran Keadilan

Bab XXXV

Nafkah bagi Isteri-Isteri dan Anak-Anak

Bab XXXVI

Arahan bagi Sifat Sesuatu Habeas Corpus

Bahagian IX

Peruntukan Tambahan

Bab XXXVII

Pendakwa Raya

Bab XXXVIII

Jaminan

Bab XXXIX

Peruntukan Khas yang Berhubungan Dengan Keterangan

Bab XL

Peruntukan Tentang Bon

Bab XLI

Pelupusan Ekshibit dan Harta yang Menjadi Perkara Kesalahan

Bab XLII

Pemindahan Kes Jenayah

Bab XLIII

Ketidakteraturan dalam Prosiding

Bab XLIV

Pelbagai

Bab V

Bab V— Persubahatan

Bab V

Bab V— Persubahatan— (Samb.)

Bab V

Bab V— Persubahatan—(Samb.)

Bab VI

Bab Vi—Kesalahan Terhadap Negara

Bab VII

Bab VII —Kesalahan yang Berhubungan Dengan Angkatan Tentera

Bab VIII

Bab VIII —Kesalahan Terhadap Ketenangan Awam

Bab VIII

Bab VIII —Kesalahan Terhadap Ketenangan Awam—(Samb.)

Bab IX

Bab IX — Kesalahan Oleh, atau yang Berhubungan Dengan Pekhidmat Awam

Bab IX

Bab IX — Kesalahan Oleh, atau yang Berhubungan Dengan Pekhidmat Awam—(Samb.)

Bab X

Bab X—Penghinaan ke Atas Kuasa Pekhidmat Awam yang Sah

Bab XI

Bab Xi—Keterangan Palsu dan Kesalahan Terhadap Keadilan Awam

Bab XII

Bab Xii—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Syiling dan Setem Kerajaan

Bab XIII

Bab Xiii—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Timbang dan Sukat

Bab XIV

Bab Xiv—Kesalahan yang Menyentuh Kesihatan, Keselamatan, Keselesaan, Kesopanan dan Moral Awam

Bab XIV

Bab Xiv—Kesalahan yang Menyentuh Kesihatan, Keselamatan, Keselesaan, Kesopanan dan Moral

Bab XIV

Bab Xiv—Kesalahan yang Menjejaskan Kesihatan, Keselamatan, Keselesaan, Kesopanan dan Moral

Bab XV

Bab Xv—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Agama

Bab XV

Bab Xv—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Agama—(Samb.)

Bab XVI

Bab Xvi—Kesalahan yang Menyentuh Tubuh Manusia

Bab XVII

Bab Xvii—Kesalahan Terhadap Harta

Bab XIX

Bab Xix—Mungkir Kontrak Perkhidmatan Secara Jenayah

Bab XX

Bab Xx—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Perkahwinan

Bab XXI

Bab Xxi—Fitnah

Bab XXII

Bab Xxii—Ugutan Jenayah, Penghinaan dan Kegusaran

Schedules