Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXXIII · Orang Tidak Sempurna Akal
343. Perakuan Pengarah Perubatan
Feedback & supportJika Pengarah Perubatan memperakukan bahawa orang tertuduh adalah sempurna akal dan berupaya membuat pembelaannya,
Hakim atau Majistret hendaklah meneruskan perbicaraan itu.
Jika Pengarah Perubatan memperakukan bahawa orang itu adalah tidak sempurna akal dan tidak berupaya membuat pembelaannya, Mahkamah itu hendaklah, jika berpuas hati mengenai hakikat itu, membuat dapatan dengan sewajarnya, dan sesudah itu perbicaraan itu hendaklah ditunda.
Perakuan Pengarah Perubatan itu boleh diterima sebagai keterangan di bawah seksyen ini.
Jika orang tertuduh itu diperakukan sebagai tidak sempurna akal dan tidak berupaya membuat pembelaannya, tidaklah perlu baginya untuk hadir di Mahkamah semasa prosiding di bawah seksyen ini.