Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXXIII · Orang Tidak Sempurna Akal
344. Pelepasan orang tidak sempurna akal sementara menanti penyiasatan atau perbicaraan
Feedback & supportApabila seseorang tertuduh didapati tidak sempurna akal dan tidak berupaya membuat pembelaannya, Hakim atau Majistret, jika kesalahan yang dipertuduh itu boleh dijamin, boleh, menurut budi bicaranya, melepaskan orang tertuduh itu apabila jaminan yang mencukupi diberikan bahawa dia akan dijaga dengan sepatutnya dan akan dihalang daripada mencederakan dirinya atau mana-mana orang lain, dan bahawa dia akan hadir apabila dikehendaki di hadapan Hakim
*CATATAN—Ordinan Kecelaruan Mental 1952 [Ord. 31/1952] telah dimansuhkan oleh Akta Kesihatan
Mental 2001 [Akta 615], m.b.p 15 Jun 2010.
Kanun Tatacara Jenayah 223
atau Majistret itu atau di hadapan mana-mana pegawai yang dilantik oleh Hakim atau Majistret itu bagi maksud itu.
Jika kesalahan yang dipertuduh itu tidak boleh dijamin atau jika jaminan yang mencukupi tidak diberikan, Hakim atau Majistret itu hendaklah melaporkan kes itu kepada Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan Wilayah Persekutuan, Raja atau Yang di-Pertua
Negeri bagi Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan sesuatu Negeri yang perbicaraan itu diadakan dan *Raja itu boleh, menurut budi bicaranya, memerintahkan supaya tertuduh itu dikurung di hospital psikiatri, dan Hakim atau Majistret itu hendaklah menguatkuasakan perintah itu.
Sementara menantikan perintah
Raja, tertuduh boleh dikomitkan ke hospital psikiatri bagi jagaan selamat.
Penyambungan semula perbicaraan