Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXXIII · Orang Tidak Sempurna Akal
350. Tatacara jika orang tidak sempurna akal dilaporkan layak dilepaskan
Feedback & supportApabila mana-mana orang dikurung di hospital psikiatri di bawah seksyen 348, dan Pelawat dan Pengarah Perubatan hospital psikiatri itu bersesama memperakukan bahawa pada hemat mereka orang itu boleh dilepaskan dengan selamat tanpa bahaya yang dia akan mencederakan dirinya sendiri atau mana-mana orang lain, Raja boleh dengan itu memerintahkan supaya orang itu dilepaskan daripada hospital psikiatri itu.