Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXXIII · Orang Tidak Sempurna Akal
351. Penyerahan orang tidak sempurna akal kepada pemeliharaan saudara
Feedback & supportApabila mana-mana saudara atau sahabat mana-mana orang yang dikurung di hospital psikiatri di bawah seksyen 344 atau 348
membuat permohonan supaya orang itu diserahkan kepada pemeliharaan atau jagaannya dan memberikan jaminan hingga Raja berpuas hati bahawa orang itu akan dipelihara dengan sepatutnya dan akan dihalang daripada mencederakan dirinya sendiri atau mana-mana orang lain, Raja itu boleh, menurut budi bicaranya, selepas berunding dengan Pelawat dan Pengarah Perubatan hospital psikiatri itu, memerintahkan supaya orang itu diserahkan kepada saudara atau sahabat itu:
Dengan syarat bahawa jika orang itu dikurung di bawah seksyen 344,
Raja itu boleh selanjutnya menghendaki saudara atau sahabat itu memberikan jaminan hingga Raja itu berpuas hati bahawa jika pada bila-bila masa didapati oleh Raja itu bahawa orang itu berupaya membuat pembelaannya, saudara atau sahabat itu hendaklah membawa orang itu untuk dibicarakan.
Apabila orang itu diserahkan sedemikian, penyerahan itu hendaklah atas syarat bahawa dia hendaklah dibawa untuk diperiksa oleh mana-mana pegawai dan pada bila-bila masa sebagaimana yang diarahkan oleh Raja itu.
226
Undang-Undang Malaysia