Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XLIII · Ketidakteraturan dalam Prosiding
420. Tatacara apabila pengakuan salah diambil secara tidak teratur
Feedback & supportJika mana-mana Mahkamah yang di hadapannya suatu pengakuan salah atau pernyataan lain oleh seseorang tertuduh direkodkan di bawah *seksyen 115 atau 256 dikemukakan atau telah diterima sebagai keterangan mendapati bahawa mana-mana peruntukan seksyen itu telah tidak dipatuhi oleh Majistret yang merekodkan pernyataan itu, Mahkamah itu hendaklah mengambil keterangan bahawa orang itu telah membuat pernyataan yang direkodkan itu dengan sewajarnya dan jika Mahkamah berpuas hati bahawa pernyataan yang direkodkan itu telah dibuat dengan sewajarnya oleh orang itu, pernyataan itu hendaklah diterima jika kesilapan itu tidak menjejaskan tertuduh itu tentang pembelaannya berdasarkan merit.