Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XLIII · Ketidakteraturan dalam Prosiding
423. Ketidakteraturan dalam distres
Feedback & supportTiada distres yang dibuat di bawah Kanun ini boleh disifatkan menyalahi undang-undang, dan tiada mana-mana orang yang membuatnya boleh disifatkan sebagai penceroboh, oleh sebab apa-apa kecacatan atau ketiadaan bentuk dalam saman, sabitan, writ distres atau prosiding lain yang berhubungan dengannya, dan pihak itu tidak boleh disifatkan sebagai penceroboh ab initio oleh sebab apa-apa ketidakteraturan yang dilakukannya kemudiannya, tetapi semua orang yang terkilan dengan ketidakteraturan itu boleh mendapatkan penyelesaian penuh bagi ganti rugi khas yang disebabkan oleh ketidakteraturan itu di mana-mana Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang berwibawa.