Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XLIII · Ketidakteraturan dalam Prosiding
422. Ketidakteraturan tidak menjadikan prosiding tidak sah
Feedback & supportTertakluk pada peruntukan yang terkandung dalam Bab ini, tiada dapatan, hukuman atau perintah yang dijatuhkan atau dibuat oleh
Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang berwibawa boleh diakaskan atau diubah oleh sebab—
*CATATAN—Seksyen 115 telah dipotong oleh Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2006 [Akta
A1274] m.b.p. 7 September 2007—lihat seksyen 16 Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2006 [Akta
A1274].
272
Undang-Undang Malaysia
apa-apa kesilapan, peninggalan atau ketidakteraturan dalam aduan, sanksi, keizinan, saman, waran, pertuduhan, penghakiman atau prosiding lain sebelum atau semasa perbicaraan, atau dalam mana-mana siasatan atau prosiding lain di bawah Kanun ini;
ketiadaan apa-apa sanksi; atau
penerimaan atau penolakan yang tidak sepatutnya apa-apa keterangan, melainkan jika kesilapan, peninggalan, ketidakteraturan, ketiadaan, atau penerimaan atau penolakan yang tidak sepatutnya keterangan sedemikian telah menyebabkan suatu kegagalan keadilan.