Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XLIII · Ketidakteraturan dalam Prosiding
421. Peninggalan untuk membentuk pertuduhan
Feedback & support(1)
Tiada dapatan atau hukuman yang diumumkan atau dijatuhkan boleh disifatkan tidak sah semata-mata atas alasan bahawa tiada pertuduhan telah dibentuk melainkan jika, pada pendapat mahkamah rayuan, suatu kegagalan keadilan telah disebabkan olehnya.
(2)
Jika mahkamah rayuan berpendapat bahawa suatu kegagalan keadilan telah disebabkan oleh peninggalan untuk membentuk suatu pertuduhan, mahkamah rayuan itu hendaklah memerintahkan supaya suatu perbicaraan baharu diadakan.