Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab IX · Kacau Ganggu Awam
94. Tatacara apabila perintah dijadikan mutlak
Feedback & supportApabila sesuatu perintah telah dijadikan mutlak di bawah seksyen 92 atau 93, Majistret hendaklah memberikan notis mengenainya kepada orang yang terhadapnya perintah itu dibuat, dan hendaklah selanjutnya menghendaki orang itu untuk melaksanakan perbuatan yang diarahkan oleh perintah itu dalam masa yang hendaklah ditetapkan dalam notis itu dan memberitahu orang itu bahawa sekiranya ingkar dia boleh dikenakan penalti yang ditetapkan dalam seksyen 188 Kanun Keseksaan:
Dengan syarat bahawa jika orang itu merupakan suatu perbadanan, orang itu hanya boleh dikenakan denda yang ditetapkan oleh seksyen tersebut.
86
Undang-Undang Malaysia