Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab IX · Kacau Ganggu Awam
95. Akibat keingkaran perintah
Feedback & supportJika perintah itu tidak dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan, Majistret boleh menyebabkan perintah itu dilaksanakan dan boleh mendapatkan kos pelaksanaannya sama ada melalui penjualan bangunan, barang-barang atau harta lain yang dialih menurut perintahnya atau melalui distres dan penjualan apa-apa harta alih lain kepunyaan orang itu di dalam atau di luar had tempatan bidang kuasa
Majistret itu.
Jika harta itu berada di luar had itu, perintah itu hendaklah membenarkan penahanan dan penjualannya apabila diendorskan oleh seorang Majistret yang di dalam had tempatan bidang kuasanya harta yang hendaklah ditahan itu didapati.
Tiada guaman boleh diambil berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan dengan suci hati di bawah seksyen ini.