Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab IX · Kacau Ganggu Awam
96. Injunksi sementara menanti keputusan muktamad
Feedback & supportJika Majistret yang membuat sesuatu perintah di bawah seksyen 89, berpendapat bahawa langkah segera patut diambil untuk mencegah bahaya yang hampir benar atau kerugian daripada jenis yang serius kepada orang awam, dia boleh mengeluarkan suatu injunksi sedemikian kepada orang yang terhadapnya perintah itu dibuat sebagaimana yang dikehendaki untuk menghindarkan atau mencegah bahaya atau kerugian itu sementara menanti keputusan muktamad kes itu.
Jika orang itu ingkar mematuhi injunksi itu dengan serta-merta,
Majistret itu boleh menggunakan, atau menyebabkan supaya digunakan, apa-apa cara yang difikirkan patut olehnya untuk menghindarkan bahaya atau mencegah kerugian itu.
Tiada guaman boleh diambil berkenaan dengan apa-apa jua pun yang dilakukan oleh seseorang Majistret dengan suci hati di bawah seksyen ini.
Kanun Tatacara Jenayah 87