Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab IX · Kacau Ganggu Awam
90. Perintah hendaklah disampaikan atau diberitahu
Feedback & support(1)
Perintah dan apa-apa notis atau perintah lain yang diberikan atau yang dibuat di bawah Bab ini hendaklah, jika dapat dilaksanakan, disampaikan kepada orang yang terhadapnya perintah atau notis itu dibuat mengikut cara yang diperuntukkan dalam Kanun ini bagi penyampaian sesuatu saman.
(2)
Jika perintah itu tidak dapat disampaikan sedemikian, ia hendaklah diberitahu melalui proklamasi yang disiarkan dalam Warta, dan suatu salinannya hendaklah ditampalkan di mana-mana tempat sebagaimana yang paling sesuai bagi menyampaikan maklumat itu kepada orang itu.