Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2024Read it in English

Bahagian III · Faedah

16. Bila orang dianggap mengidap keilatan

Feedback & support
(1)

Seseorang berinsurans hendaklah dianggap sebagai mengidap keilatan, jika, oleh sebab sesuatu keadaan uzur tertentu yang berkekalan, dia tidak berupaya mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan yang mendatangkan keuntungan yang bermakna.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1)—

(a)

sesuatu keadaan uzur hendaklah disifatkan sebagai berkekalan jika keuzuran itu sama ada tidak boleh diubati atau tidak mungkin boleh diubati;

(b)

seseorang itu hendaklah disifatkan sebagai tidak berupaya mengambil bahagian dalam kegiatan yang mendatangkan

32

Undang-Undang Malaysia keuntungan yang bermakna, jika oleh sebab keadaan uzur tertentunya kerana sakit atau kelemahan itu dia tidak lagi berupaya mencari nafkah, dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan dan tenaganya, yang, dengan memandang kepada latihan dan pekerjaannya yang dahulu, boleh dengan berpatutan diberikan kepadanya di tempat kerjanya atau di sesuatu tempat seumpama itu di kawasan yang berdekatan atau di daerah yang sama, sebanyak satu pertiga daripada pendapatan yang biasa bagi seseorang yang sempurna akal dan sihat tubuh badannya yang mempunyai kelulusan dan latihan yang sepertinya;

(c)

pada menentukan sama ada pihak menuntut mengidap keilatan, pertimbangan hendaklah diberikan tentang apa-apa kepulihan kekal mengenai keadaan keilatannya yang terhasil atau dijangka terhasil daripada apa-apa langkah pemulihan tenaga atau vokasional yang mungkin diberikan kepadanya dengan percuma oleh Pertubuhan.

Report

Bahagian IV

Pentadbiran, Kewangan dan Audit

Bahagian V

Memutuskan Pertikaian dan Tuntutan

Bahagian VI

Penalti

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules