Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian III · Faedah
25. Kemalangan berlaku tatkala menghadapi kecemasan
Feedback & supportSesuatu kemalangan yang berlaku atas seseorang berinsurans dalam atau berdekatan dengan mana-mana premis tempat dia pada masa itu diambil kerja bagi maksud perdagangan atau perniagaan, profesion, vokasion atau pekerjaan majikannya, hendaklah disifatkan sebagai terbit daripada atau dalam masa pekerjaannya, jika kemalangan itu berlaku tatkala dia menjalankan langkah-langkah, pada
Keselamatan Sosial Pekerja 41
waktu sesuatu kecemasan yang sebenar atau keadaan yang berupa kecemasan di premis itu, bagi menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya atau yang difikirkan sebagai atau yang mungkin mendapat bencana atau bahaya atau bagi mengelakkan atau mengurangkan kerosakan harta.