Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian III · Faedah
33. Rujukan kepada jemaah doktor dan rayuan kepada jemaah doktor rayuan
Feedback & supportPerkara seseorang berinsurans untuk mendapat pencen ilat atau faedah hilang upaya yang kekal hendaklah dirujukkan oleh
Pertubuhan kepada suatu jemaah doktor untuk diputuskan soal keilatan atau soal hilang upaya itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan jika, atas rujukan itu atau apa-apa rujukan yang kemudiannya, takat hilang upaya mencari nafkah bagi orang berinsurans itu ditaksir bagi sementara, soal itu hendaklah dirujukkan sekali lagi kepada jemaah doktor tidak lewat daripada akhir tempoh yang diambil kira dalam taksiran sementara itu.
Jika orang berinsurans atau Pertubuhan tidak berpuas hati dengan keputusan jemaah doktor, orang berinsurans atau Pertubuhan boleh merayu, mengikut cara yang ditetapkan dan dalam tempoh yang ditetapkan, kepada jemaah doktor rayuan yang ditubuhkan mengikut peruntukan peraturan-peraturan.
Peraturan-peraturan boleh menetapkan bahawa pihak yang menuntut pencen ilat atau faedah hilang upaya yang kekal yang dipanggil hadir di hadapan suatu jemaah doktor atau, sekiranya rayuan dibuat oleh Pertubuhan, di hadapan jemaah doktor rayuan, yang berhubungan dengan keputusan soal keilatan atau soal hilang upaya, boleh dibayar belanja perjalanan dan belanja lain yang telah dilakukan olehnya berhubung dengan kehadiran dalam perkara itu dan mengikut jadual serta tertakluk pada syarat sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan.