Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2024Read it in English

Bahagian III · Faedah

32. Menentukan soal keilatan atau hilang upaya

Feedback & support

Apa-apa soal—

(a)

sama ada kemalangan atau penyakit yang berkaitan itu telah mengakibatkan keilatan;

(b)

sama ada bencana kerja yang berkaitan itu telah mengakibatkan hilang upaya yang kekal;

(c)

sama ada takat kehilangan upaya mencari nafkah boleh ditaksir bagi sementara atau dengan muktamad bagi maksud faedah hilang upaya;

(d)

sama ada taksiran tentang kadar hilang upaya mencari nafkah itu sementara atau muktamad bagi maksud faedah hilang upaya; atau

(e)

berkenaan taksiran sementara bagi maksud faedah hilang upaya tentang tempoh selama bila taksiran itu boleh dipakai,

Keselamatan Sosial Pekerja 47

hendaklah diputuskan oleh suatu jemaah doktor yang ditubuhkan mengikut peraturan-peraturan, jika ada, dan soal tersebut hendaklah kemudian daripada ini dirujuk sebagai “soal keilatan” atau “soal hilang upaya”, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Report

Bahagian IV

Pentadbiran, Kewangan dan Audit

Bahagian V

Memutuskan Pertikaian dan Tuntutan

Bahagian VI

Penalti

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules