Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2024Read it in English

Bahagian III · Faedah

21. Bantuan ilat

Feedback & support
(1)

Seseorang yang diperakui sebagai ilat, jika dia tidak dapat memenuhi syarat mana-mana tempoh kelayakan yang dinyatakan dalam seksyen 17, adalah berhak mendapat bantuan ilat yang sama banyaknya dengan caruman yang telah dibayar berkenaan dengannya berserta dengan faedahnya mengikut kadar yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan.

(2)

Pihak menuntut itu tidak berhak mendapat bantuan ilat melainkan jika dia telah membayar dua belas caruman bulanan semenjak caruman mula-mula menjadi kena dibayar olehnya di bawah

Akta ini.

(3)

Bantuan ilat di bawah seksyen ini biasanya dibayar hanya apabila orang itu telah mencapai umur enam puluh tahun atau mati sebelum mencapai umur itu.

Keselamatan Sosial Pekerja 39

(4)

Walau apa pun subseksyen (3), bantuan ilat di bawah Akta ini boleh, mengikut opsyen orang yang berkenaan itu, diberikan pada masa keilatan disahkan sebagai wujud:

Dengan syarat bahawa caruman yang dipulangkan balik itu hendaklah tidak dikira bagi maksud menentukan pada bila-bila masa yang akan datang hak orang itu untuk mendapat pencen.

Report

Bahagian IV

Pentadbiran, Kewangan dan Audit

Bahagian V

Memutuskan Pertikaian dan Tuntutan

Bahagian VI

Penalti

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules