Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian III · Faedah
17. Bila orang berinsurans layak mendapat pencen ilat
Feedback & supportTertakluk pada Akta ini, seseorang yang mengidap keilatan sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 16 adalah, melainkan jika dia telah mencapai umur *enam puluh tahun, berhak menerima pencen ilat jika dia telah genap bekerja sepanjang tempoh kelayakan atau suatu tempoh kelayakan yang dikurangkan.
Seseorang hendaklah disifatkan sebagai telah genap bekerja sepanjang tempoh kelayakan di bawah subseksyen (1) jika—
caruman bulanan telah dibayar mengenainya selama tidak kurang daripada dua puluh empat bulan dalam tempoh empat puluh bulan berturut-turut yang akhir sebelum bulan dia mengemukakan notis ilat mengikut peruntukan peraturan-peraturan; atau
caruman bulanan telah dibayar mengenainya selama tidak kurang daripada dua pertiga daripada bilangan bulan genap
*CATATAN─lihat seksyen 12 Akta A1445 yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2013.
Keselamatan Sosial Pekerja 33
yang terkandung dalam tempoh antara tarikh apabila caruman mula-mula menjadi kena dibayar olehnya di bawah Akta ini dengan bulan sebaik sebelum bulan dia mengemukakan notis ilat mengikut peruntukan peraturan-peraturan, dengan syarat bahawa jumlah bilangan caruman bulanan yang dibayar dalam tempoh yang tersebut di atas hendaklah sekurang-kurangnya dua puluh empat.
Seseorang hendaklah disifatkan sebagai telah genap bekerja sepanjang tempoh kelayakan yang dikurangkan di bawah subseksyen (1) jika caruman bulanan telah dibayar mengenainya selama tidak kurang daripada satu pertiga daripada bilangan bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh apabila caruman mula-mula menjadi kena dibayar olehnya di bawah Akta ini dengan bulan sebaik sebelum bulan dia mengemukakan notis ilat mengikut peraturan-peraturan, dengan syarat bahawa jumlah bilangan caruman bulanan yang dibayar dalam tempoh yang tersebut di atas hendaklah sekurang-kurangnya dua puluh empat.
Jika orang berinsurans gagal menggenapkan tempoh kelayakan di bawah subseksyen (2) atau (3) dan Pertubuhan berpuas hati bahawa kegagalan itu bukanlah disebabkan oleh apa-apa kesilapan orang berinsurans itu atau adalah disebabkan oleh kejahilan orang berinsurans itu, Pertubuhan boleh menganggap bahawa tempoh kelayakan itu telah digenapkan oleh orang berinsurans itu jika jemaah doktor, yang ditubuhkan menurut seksyen 32, yang kepadanya perkara itu dirujukkan oleh Pertubuhan menentukan bahawa keilatan orang berinsurans itu telah bermula sebelum tarikh notis keilatan diterima oleh Pertubuhan mengikut peraturan-peraturan.
Jika Pertubuhan telah menganggap bahawa tempoh kelayakan telah digenapkan oleh orang berinsurans di bawah subseksyen (3A), maka tarikh orang berinsurans itu mengemukakan notis keilatannya hendaklah disifatkan sebagai tarikh keilatannya bermula.
Walau apa pun subseksyen (2) dan (3), Pertubuhan mempunyai budi bicara untuk membenarkan tempoh kredit diambil kira bagi maksud menentukan genapnya tempoh kelayakan orang berinsurans, dan bulan-bulan dalam tempoh kredit yang baginya caruman kena
34
Undang-Undang Malaysia dibayar hendaklah dimasukkan bagi maksud pengiraan jumlah bulan bagi maksud subseksyen itu.
Istilah “tempoh kredit” dalam subseksyen (3C) ertinya tempoh orang berinsurans menerima faedah hilang upaya sementara dan majikan tidak membayar apa-apa gaji kepada orang berinsurans itu.
Jika selepas notis ilat daripada seseorang berinsurans ditolak oleh sebab dia belum genap mana-mana satu daripada tempoh kelayakan itu, suatu notis ilat baharu diterima daripadanya, tarikh notis ilat yang baharu itu hendaklah disifatkan, bagi maksud subseksyen (2)
dan (3), sebagai tarikh dia mengemukakan suatu notis ilat.
(Dipotong oleh Akta A450).