Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian III · Faedah
26. Faedah orang tanggungan
Feedback & supportIn plain English
When an insured person dies from a work injury, dependants' benefit goes to the dependants. A widow or widower gets it for life, and two or more widows split the widow's share equally. Each child gets it until marriage or the age of twenty-one years. With no widow or child, the widowed mother and other dependants get it.
Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.
Jika seseorang orang berinsurans mati akibat sesuatu bencana kerja yang berlaku ke atasnya tatkala menjadi seorang pekerja mengikut Akta ini (sama ada atau tidak dia menerima apa-apa bayaran berkala kerana hilang upaya sementara mengenai bencana itu) maka faedah orang tanggungan mengikut kadar yang dinyatakan dalam
Jadual Keempat hendaklah dibayar kepada orang tanggungannya seperti yang berikut:
kepada balu atau duda selama hayat, dan, jika ada dua orang balu atau lebih, bahagian faedah orang tanggungan bagi balu itu yang dinyatakan dalam Jadual Keempat hendaklah dibahagi-bahagikan sama banyaknya antara balu-balu itu:
Dengan syarat bahawa jika seseorang balu atau duda layak mendapat lebih daripada satu faedah orang tanggungan, balu atau duda itu hendaklah dibayar satu faedah sahaja, iaitu faedah yang kadarnya lebih tinggi;
kepada tiap-tiap orang anak sehingga dia berkahwin atau sehingga dia mencapai umur dua puluh satu tahun, mengikut mana-mana yang lebih awal:
Dengan syarat bahawa dalam hal anak yang disebut dalam perenggan (b) takrif “anak” dalam seksyen 2, faedah orang tanggungan hendaklah terus dibayar selagi dia tidak berupaya menanggung dirinya sendiri:
Dan dengan syarat selanjutnya bahawa Pertubuhan boleh meneruskan faedah itu kepada mana-mana anak yang menerima pelajaran dalam mana-mana institusi pelajaran tinggi tetapi tidak melebihi ijazah pertama sehingga dia
42
Undang-Undang Malaysia tamat atau berhenti menerima pelajaran tersebut atau sehingga dia berkahwin mengikut mana-mana yang lebih awal.
(Dipotong oleh Akta A675).
Jika seseorang orang berinsurans yang mati akibat sesuatu bencana kerja tidak meninggalkan seseorang balu atau anak, faedah orang tanggungan hendaklah dibayar kepada ibu yang menjadi balu dan orang tanggungan yang lain sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (b) takrif “orang tanggungan” dalam seksyen 2 mengikut kadar dan selama tempoh yang dinyatakan dalam Jadual Keempat.