Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian III · Faedah
24. Kemalangan semasa dalam perjalanan
Feedback & supportIn plain English
An insured person's accident counts as a work accident if it happens while travelling between home or lodging and the workplace. Journeys directly connected to the job also count. So do trips between work and where the person eats during an authorised break. An accident during a stop in, or a detour from, such a journey does not count.
Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.
Sesuatu kemalangan yang berlaku kepada seseorang orang berinsurans hendaklah disifatkan terbit daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaannya jika kemalangan itu berlaku semasa orang berinsurans itu—
dalam perjalanan mengikut laluan di antara tempat kediamannya atau tempat tinggalnya dengan tempat kerjanya;
dalam perjalanan yang dibuat bagi apa-apa sebab yang secara langsung berkaitan dengan penggajiannya; atau
dalam perjalanan di antara tempat kerjanya dengan tempat dia pergi makan dalam masa rehat yang dibenarkan.
Jika kemalangan di bawah subseksyen (1) berlaku dalam masa apa-apa perhentian, atau apa-apa lencongan, perjalanan orang berinsurans itu yang dibuat bagi mana-mana maksud yang dinyatakan dalam subseksyen yang sama, kemalangan itu tidaklah disifatkan terbit daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaannya.